Bachelor of Muamalat Administration with Honours
batch 2010/2011

Sunday, January 30, 2011

muAmALat???

assalammualaikum semua...
Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi dengan nikmatnya....
saya dapat menyiapkan blog ini...
mungkin banyak lagi kekurangan tapi saya harap saya dapat memperbaikinya lagi...
sebelum saya menjerumus kepada lebih dalam lagi...
ingin saya perkenalkan bagaimana wujudnya muamalat itu sendiri...
saya sendiri akui saya ambil remeh pasal ini tapi adakah anda semua tahu tentang ini???
mari kita selidik....kenapa USIM wujudkan dan tawarkan cos pentadbiran muamalat ini???
selain mewujudkan juga Fakulti Ekonomi dan Muamalat....
bilakah ianya wujud????


Fakulti Ekonomi & Muamalat


LATAR BELAKANG

Bagi mencapai matlamat yang direncanakan serta untuk meluaskan skop pengajiannya, USIM telah menubuhkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada tahun 2001 dan mula mengambil kumpulan pelajar sulungnya bagi satu program baru iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian pada bulan Mei 2002. Adalah diharapkan, Fakulti ini menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pentadbiran muamalat. Di samping itu, Fakulti ini juga diharapkan akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan ekonomi Islam dan muamalat.

Bidang pentadbiran Muamalat merupakan salah satu bidang yang dituntut dalam agama Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Di samping memberi panduan kepada umat Islam tentang perhubungan mereka sesama manusia, bidang muamalat juga berperanan untuk menyusun dan mengatur struktur serta perjalanan pentadbiran dan pengurusan manusia.

Kemajuan sesebuah masyarakat itu akan diukur bukan sahaja kepada tahap keimanannya tetapi juga terhadap usahanya di dunia. Masyarakat Islam moden dan progresif hari ini, tidak boleh mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dari segi tauhid dan syariah sahaja tanpa mempunyai ilmu muamalat, demi untuk kesejahteraannya di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagian di akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Quran, al-Qasas 28:77).

***Maklumat ini ditelah dipetik terus dari laman Fakulti Ekonomi & Muamalat,

No comments:

Post a Comment