Bachelor of Muamalat Administration with Honours
batch 2010/2011

Friday, February 18, 2011

MPP??? siapa patut dipilih???

hari pemilihan mpp usim

tarikh : 21 feb 2011 < isnin >
tempat : Makmal Komputer dan Pengajaran aras 1.1, aras 1 FEM
             < bagi pelajar fakulti fem sahaja >
masa : 9.00 pagi - 4.30 petang

Tunaikan HAK anda!!!!
datanglah untuk mengundi...

Jangan lupa bawa KAD MATRIK...
Pastikan undian 'anda' adalah tepat...dan ini...
adalah tanggungjawab anda!

Thursday, February 17, 2011

Persepsi Non-Muslim Terhadap Sistem Kewangan Islamic

Islam telah dilihat berjaya dalam perkara ini.  Nilai-nilai Islam telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan kini ia digelar Sistem Kewangan Islami.  Malah, ia telah berjaya menambat hati pelanggan-pelanggan yang bukan Islam, di samping sokongan dari ummat Islam sendiri.
  • Apa yang membuatkan ISLAM boleh berjaya? 
  • Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang tidak diperolehi di dalam agama lain?
Persoalan di atas telah berjaya dirungkai oleh Professor Bala yang merupakan pensyarah sistem kewangan dan ahli ekonomi terkenal negara dan di peringkat antarabangsa.  Satu kajian telah dibuat dan berikut beliau telah ringkaskan di dalam pembentangan beliau di dalam konvensyen tersebut:


Function
Islamic Bank
Conventional Bank
Functions & OperationsBased on Shariah Based PrinciplesBased on Man made profit motivated Principles
Risk OwnershipIt promotes equity participation & trading .Pre-determined returns are assured.
Risk capital is the capital that is rewarded for its participation in a productive process to the extent of the value that its participation creates, whether positive or negative and which was unknown at the time of capital deployment.On the contrary, loan capital dictates its price of participation in the shape of a pre-determined rate and irrespective of the outcome of its application, to obtain higher return even if market forces work against such increase.
Zakat (Religious Tax)One of the service-oriented functions to be a Zakat Collection CentreNo Zakat Collection
PenaltyNo provision to charge any extra moneyCharge additional money (Penalty +  Compound Interest)
Social WelfareMore importance to the public interest to ensure growth with equityMore often, Bank’s own interest becomes more prominent
Economic DevelopmentGreater emphasis on viability of the project related to economic developmentGreater emphasis on client’s credit worthiness
Fixed Repayment Selling Price is fixedVaries due to compounding interest element
RelationshipBuyer / Seller or Lessor / Lessee or Investor / EntrepreneurDebtor / Creditor
Customers’Muslims & Non-MuslimsNot permissible for Muslims due to interest element involved
Corporate GovernanceShariah Supervisory Board + Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia


Jika diamati satu per satu ciri-ciri yang disenaraikan di atas, maka dapatlah kita katakan bahawa sistem kewangan Islami jauh lebih baik dari sistem kewangan konvensional.

Dalam pembentangan tersebut, beliau telah mengatakan bahawa faktor agama bukanlah sebab untuk masyarakat memilih sesuatu sistem kewangan.  Ia lebih kepada ciri-ciri dan kelebihan sistem tersebut.  Menurut beliau, ramai non-muslim telah memilih sistem kewangan Islami berbanding Muslim sendiri.  Di Maybank, dilaporkan sebanyak 70% pelanggan cina adalah pelanggan kepada sistem perbankan Islami bank tersebut.  Ini memberi isyarat bahawa sistem kewangan Islami mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dari sistem kewangan konvensional, sehinggakan non-muslim lebih tertarik untuk menjadi pelanggan kepada sistem kewangan Islami.

Beliau telah juga menjalankan kajiselidik (survey) terhadap faktor penentu dan keutamaan bagi seseorang memilih institusi kewangan.  Dari situ, beliau meringkaskan bahawa:
-  Religiosity is not the most important criteria for financial selection
-  Rate of return is most important criteria for both Muslims and non-Muslims.
-  But religiosity is higher up the scale of priorities  when it comes to Muslim investors
Berdasarkan statistik tadi, ini menunjukkan bahawa sistem kewangan Islami mempunyai sebab yang kukuh untuk dipilih oleh orang bukan Islam.  Mereka bukan masuk ke sistem kewangan Islami disebabkan oleh faktor agama, sebaliknya disebabkan oleh pelbagai faktor penarik.  Justeru, bagi kita Muslim, kita mempunyai lebih banyak sebab untuk memilih sistem kewangan Islami.  Bukan sahaja kerana keuntungan, yang paling penting ialah ia tuntutan agama.

Di akhir pembentangan, beliau menyatakan tiada sebab kenapa masyarakat tidak memilih sistem kewangan Islami.  Telah terbukti dari segi kelebihannya dan disebabkan itulah sistem kewangan Islami telah berjaya mengharungi segala onak dan badai.  Ahir sekali beliau menyimpulkan:
-  Any venture must be economically viable if it is to sustain
-  Islamic Finance has passed this test
Pembentangan beliau telah membuka mata dan hati kesemua peserta yang hadir tentang kedudukan sistem kewangan Islami menurut persepsi non-muslim.  Apatah lagi ia telah dilakukan kajian secara spesifik oleh seorang yang dipercayai dan dihormati akan ilmunya dalam bidang kewangan bukan sahaja di peringkat negara, malah antarabangsa.

Bagi saya, perkongsian Professor Bala tidaklah menambah keyakinan saya untuk terus menyokong sistem kewangan Islami.  Kerana saya dan ramai peserta yang hadir pada hari tersebut sememangnya sentiasa menyokong sistem kewangan Islami sejak ia belum diwujudkan lagi.  Lantaran takut dengan RIBA, maka sistem kewangan Islami sememangnya menjadi dahan untuk kami bertaut agar tidak jatuh ke dalam gaung DOSA BESAR RIBA.

Tahniah buat beliau yang telah berjaya membawa tajuk yang diberikan oleh penganjur dengan baik sekali.  Jauh di hati kecil saya, saya mendoakan agar beliau diberikan ALLAH akan hidayah dan taufiq dan sempat untuk memeluk ISLAM, amin…

Nah, apa lagi mahu dibuktikan wahai Muslim?  Jika murka ALLAH terhadap manusia yang menyertai sistem RIBA tidak kalian peduli.  Jika sentimen menyokong sistem yang membantu ummat Islam (melalui zakat) tidak kalian endahkan.  Jika sistem kewangan Islami yang diperakui kelebihannnya oleh masyarakat non-muslim, malah pakar kewangan non-muslim tidak menarik hati kalian.  Apa lagi?  Apa lagi sebab yang kalian mahu agar segera tinggalkan sistem kewangan konvensional dan sertai sistem kewangan Islami?
Buat Muslim yang telah berhijrah dan memilih sistem kewangan Islami samada Perbankan Islami, Pembiayaan Islami, Takaful, ar-Rahnu, pelaburan Islami atau lain-lain instrumen kewangan; saya ucapkan tahniah.  Semoga ALLAH subhanahu wata’ala mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan kalian sekeluarga.   

Bagi Muslim yang sihat imannya, cukup hanya dengan amaran ALLAH tentang larangan terlibat dengan RIBA, nescaya dia akan tinggalkan sistem kewangan konvensional, dan masuk ke dalam sistem kewangan Islami..

kt to

SHAHMUZIR NORDZAHIR

Thursday, February 10, 2011

MinyAk nAik Lagi??? wOooow...

minyak naik harga, ron 97 naik 10 sen 2011, minyak naik harga lagi, kenaikan harga minyak 2011
Ada berita gembira buat anda semua. Kenaikan harga minyak ron 97 sebanyak 10 sen , berkuatkuasa 12 am, 5 Januari 2011!! Eh silap sebenarnya pengurangan subsidi sebanyak 10 sen. Em dalam pada itu juga, harga minyak tanah pun naik seposen, menjadikan harganya (rujuk harga dibawah untuk perbandingan) rm2.50 seliter.
Harga lama = Petrol RON 95  RM1.90 seliter. <kekal>
Harga lama = Petrol RON 97  RM2.30 seliter. Naik 10 sen < harga baru RM 2.40 >
Harga lama = Diesel  <Harga seliter rm1.80> Kekal
Harga lama- Minyak tanah – <Harga seliter rm2.40> Naik 10 sen <harga baru rm2.50>

Tuesday, February 1, 2011

Sistem Kewangan Islami & Sokongan Kita

By shahmuzir

RIBA adalah dosa besar.  Dahsyat benar dosa RIBA.  Baca sini:
Imam Abu Hanifah apabila merujuk kepada ayat ancaman RIBA pada surah Al-Baqarah, ayat yang ke 179, beliau mengatakan bahawa “Inilah ayat al-Quran yang paling menakutkan!”.
NOKTAH!!!  “FULL STOP”!!!

Jadi, kita ummat ISLAM hendak atau tidak hendak mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan keluar dari dosa yang sangat dahsyat ini.  Jika tidak, siaplah nanti!!!
Di dalam dunia moden ini, sistem kewangan yang ada adalah berasaskan RIBA.  Semuanya berasaskan RIBA.  Sistem ini sudah lama mencengkam dunia seluruhnya berkurun lamanya.  Memang tidak boleh lari dari sistem ini dengan mudah, malah dilihat agak mustahil untuk bebas dari RIBA.

JADI, APA NAK BUAT? 
Yang pertama, jika kita mahu keluar dari Sistem Kewangan Ribawi ialah dengan tidak berurusan dengan institusi bank atau insurans.  Kerana di situlah segala mak bapak dan datuk nenek RIBA meluaskan keturunannya dan mencengkam semua manusia.  Boleh ke?  Mampu ke?
Oh, saya sejak remaja (sejak 1990-an) sudah dapat melihat manusia-manusia yang baik Iman dan mempunyai Taqwa yang telah melakukannya.  Mereka telah menjauhkan diri mereka dari Sistem Kewangan Ribawi dengan tidak melibatkan pinjaman bank dan insurans. 

Bagaimana mereka buat?  Mereka telah membeli kereta mereka secara tunai dan membina rumah mereka sedikit demi sedikit dengan sekadar duit yang ada.  Betapa sederhana hidup mereka.  Kereta mereka tidak segah kereta kita semua.  Rumah mereka tidak besar seperti rumah kita semua.  Betapa komitednya mereka terhadap larangan ALLAH agar menjauhi RIBA.  Pada saat orang lain tidak kisah dan pada saat orang lain berebut-rebut perhiasan dunia; mereka ini berjalan di dunia ini dengan penuh hati-hati.  Ibarat duri yang bersepah di jalanan, tidak semberono mereka berjalan.  Mereka sangat berhati-hati…
Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang besar kepada mereka semua atas pengorbanan yang telah mereka lakukan, amin…

Namun, sekomited mana pun mereka untuk menjauhi RIBA, mereka tetap akan terlibat dengan RIBA kerana mereka tetap kena buka akaun simpanan di bank untuk dibayar gaji bulanan.  Dan mereka tetap kena beli insurans kerana ia prasyarat untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan.  Walaupun kesungguhan insan-insan ini besar untuk menjauhi RIBA, namun disebabkan oleh sistem ini sudah menjalar luas dan mencengkam lama hingga ke dalam sistem muamalah manusia, maka tidak juga berjaya.  Ah, tidak bebas juga dengan dosa RIBA.  Semoga ALLAH Ta’ala mengampuni mereka atas kesungguhan mereka dan atas ketidakupayaan mereka, amin…
Masih adakah peluang untuk ummat ISLAM keluar dari Sistem RIBA??

JALAN KELUAR DARI SISTEM RIBA
Disebabkan oleh RIBA dosa besar dan disebabkan oleh Sistem Kewangan yang berasaskan RIBA telah menjalar luas dan mencengkam kuat ke dalam hidup harian manusia, maka jumhur ulama seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa bahawa berurusan dengan institusi perbankan dan insurans yang konvensional adalah HARAM!  Ini supaya ummat ISLAM menjauhinya…

Kalau dah HARAM, bagaimana pula orang-orang ISLAM hendak berurusan seharian?  Bagaimana hendak beli kereta?  Bagaimana hendak memiliki rumah?  Bagaimana hendak mengembangkan perniagaan dalam keadaan kekurangan modal?  Bagaimana untuk melindungi harta dan kewangan jika insurans HARAM?  Bagaimana?

Usah ditanya pada orang kafir.  Jika kita tanya pada orang Muslim pun, nampaknya mereka tidak kisah.  Ada sebahagian besar Muslim yang tidak peka dengan hal ini.  Halal atau Haram tidak mereka pertimbangkan lagi.  Apatah lagi hal ehwal berkenaan harta dan wang.  Seolah-olah ia telah membutakan mata dan hati mereka.  Atau mungkin kerana ummat ISLAM benar-benar jahil tentang hal ini.  Sedangkan apabila di Padang Mahsyar nanti, kaki anak Adam tidak akan berganjak selagi tidak ditanya 5 perkara.  2 daripada 5 perkara itu adalah berkaitan dengan harta:

Tetapi para ulama yang sihat Iman dan mempunyai Taqwa di dalam diri, mereka tidak dapat duduk diam dengan keadaan ini.  Justeru sebab itulah, para ulama berusaha untuk mencari jalan keluar dari Sistem Kewangan Ribawi ini.  Muktamar demi muktamar telah diadakan di kalangan ulama muktabar seluruh dunia bagi membincangkan hal yang besar ini.

Ribuan ulama seluruh dunia dari pelbagai mazhab berhimpun dan bermuzakarah bagi membantu mengeluarkan ummat dari ancaman dahsyat RIBA.  Semua peruntukan syara’ telah diperhalusi.  Dan semua proses dan prosedur Sistem Kewangan Moden dikaji untuk dimanfaatkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syara’.  Dalam bab muamalah iaitu urusan seharian, ISLAM memberikan keluasan dan fleksibel kepada ummatnya, selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’.  Kaedah umum menyatakan bahawa ‘Hukum asal dalam bab Muamalah (iaitu selain Ibadah) adalah harus, melainkan jika ada nas yang melarangnya’.  Maka, mana-mana yang bermasalah sahaja diperbaiki dan diperbetulkan, dan mana-mana prosedur yang tidak menyalahi syara’ boleh dimanfaatkan.   

Hasilnya hari ini, kita lihat Sistem Kewangan Islami telah berkembang luas di negara ummat ISLAM.  Pelbagai produk telah diperkenalkan bagi memberikan kelegaan kepada ummat ISLAM untuk melibatkan diri dengan sistem kewangan moden hari ini secara BEBAS RIBA.  Ummat Islam boleh memilih Perbankan Islami, menggantikan Perbankan Ribawi.  Ummat Islam boleh memilih Takaful, menggantikan Insurans.  Dan banyak lagi produk-produk telah ditawarkan.
Tidak ada alasan lagi untuk ummat ISLAM terlibat dengan Sistem Kewangan Ribawi!

SISTEM KEWANGAN ISLAMI & GOLONGAN BELUM-ISLAM
Bukan sahaja di negara ummat ISLAM, malah di negara bukan ummat ISLAM pun Sistem Kewangan Islami semakin diterima ramai.  Sebenarnya bukan agama ISLAM sahaja yang melarang RIBA, malah agama-agama lain pun melarang RIBA.  Justeru, Sistem Kewangan Islami ini bukan sahaja menyelamatkan ummat ISLAM dari dosa RIBA, malah telah menyelamatkan manusia lain yang bukan beragama ISLAM yang di dalam kepercayaan mereka RIBA itu HARAM.  Nah, tidak cantikkah ini?  “ISLAM Untuk Semua” dan dengannyalah manusia seluruhnya akan sejahtera.

Pernah seorang Profesor yang bukan beragama ISLAM berkata lebih kurang berikut, “Banyak agama telah cuba memperkenalkan sistem kewangan mereka sendiri (antara tujuannya untuk bebas kezaliman dan RIBA) dan mereka gagal, TETAPI Sistem Kewangan Islami nampaknya telah berjaya melaluinya dan mendapat sokongan penganut-penganutnya dan orang yang bukan ISLAM”.  Baca di sini:   

IBARAT TERPERANGKAP DI DALAM GUA
Saya ibaratkan ummat ISLAM sebagai sekumpulan manusia yang sudah lama terperangkap di dalam gua.  Memang tidak ada jalan keluar.  Namun, dalam ramai-ramai itu, ada sebahagian kecil mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran, maka dibuat pelbagai usaha dan cara untuk meloloskan diri.  Pada saat manusia lain terpinga-pinga dan putus asa, mereka berfikir dan membuat kerja sepanjang masa.
Mereka cuba untuk mengeluarkan semua yang ada di dalam gua itu dengan kelengkapan yang ada dan suasana yang sangat terbatas.  Sudah tentulah banyak kekangannya. 

Ada yang memberikan sokongan, ada yang tidak.  Yang amat menyedihkan adalah apabila ada sebahagian mereka yang mengejek, mengutuk dan mensabotaj usaha-usaha untuk mengeluarkan mereka semua dari kegelapan gua itu.  Sudahlah golongan ini bukan (1) golongan yang berusaha mengeluarkan dari gua, bukan juga (2) golongan yang membantu, tidak juga (3) menyokong, (4) duduk diam pun bukan, tetapi mereka (5) merosakkan pula keadaan.   
Jika anda di dalam gua itu, di dalam golongan manakah anda?

SOKONGLAH SISTEM KEWANGAN ISLAMI
Jika Tuan/Puan tidak mampu menjadi sebahagian ulama yang bertungkus-lumus memberikan penyelesaian, jadilah sebahagian yang membantu atau yang memberikan sokongan.  Disebabkan RIBA adalah dosa besar, maka kita mesti mempromosikan kepada seluruh ummat ISLAM agar berhijrah ke Sistem Kewangan Islami.  Dosa RIBA telah membarahi ummat manusia terlalu lama.

Bukan sahaja orang biasa, malah ramai juga orang yang berlatarbelakangkan pendidikan syariah dan berunsurkan Islam pun masih terlibat dengan RIBA.  Mereka mungkin tidak berzina, tidak minum arak, tidak merompak, tidak berlaku zalim dan tidak melakukan lain-lain dosa, tetapi DOSA RIBA mereka terlibat.  Walhal, RIBA ADALAH DOSA BESAR!  Ia DOSA BESAR!

Ayuh Tuan/Puan sekalian, marilah kita berhijrah sepenuhnya ke dalam Sistem Kewangan Islami, menyokongnya dan mempromosikannya.  Memang masih banyak kelemahan dan kekurangan di sana-sini, namun inilah perjuangan kita.  Jadikanlah diri Tuan/Puan di antara manusia yang memperjuangkannya.  Semoga ALLAH Ta’ala memberikan ganjaran yang banyak buat kita semua, amin…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا
 إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman.”  (Surah Al-Baqarah, 2:278)
WAllahu Ta’ala A’lam…