Bachelor of Muamalat Administration with Honours
batch 2010/2011

Monday, January 31, 2011

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Perbankan Islami: Antara Perlu dan Nafsu

By shahmuzir

Berpadalah, jangan tamak dan boros terhadap harta
Apabila kita mengajak agar masyarakat menyokong sistem kewangan Islami, bukan bermakna kita mengajak agar masing-masing berduyun-duyun ke institusi perbankan Islami untuk mendapatkan produk-produk terkini kewangan.  Tidak!  Bukan itu maksudnya!

Yang paling baik, sudah tentulah hidup dengan sederhana dan berpada serta rasa cukup (qanaah) dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kita.  Sifat tamak dan boros juga mestilah dijauhi dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan godaan.  Godaan di sana sini, iklan di sana sini dan promosi di sana sini akan bisa memenangkan kehendak nafsu sekiranya sifat tamak dan boros tidak dikawal.

Memenuhi Keperluan Berurusan Secara Bebas Riba
Wujudnya sistem kewangan Islami adalah supaya ahli masyarakat dapat memilih untuk berurusan kewangan secara bebas Riba di institusi perbankan dan seumpamanya.  Inilah hasrat dan cita-cita kita sejak dahulu lagi.  Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka ramailah ummat ISLAM membuat keputusan berhijrah dari perbankan konvensional ke perbankan Islami, supaya murka dari ALLAH ‘Azza wa Jalla dapat dijauhi.
   
Dahulu, kita tidak mampu keluar dari belenggu sistem Riba, tetapi kini, alhamdulillah dengan adanya sistem kewangan Islami, ummat Islam kini boleh berasa lega untuk berurusan dengan pihak bank.  Kerana hal Riba sudah dicabut darinya dan diganti dengan kontrak-kontrak yang menepati syariat Islam.  Lebih melegakan, setiap proses & kontrak-kontrak ini telah dan sentiasa dipantau oleh ahli-ahli panel pengawasan syariah masing-masing, bukan sahaja di peringkat institusi bank itu, malah di peringkat bank pusat.

Kini, kita sudah boleh menyimpan wang di bank, membuat pelaburan di bank, memohon pembiayaan untuk pembelian kereta, rumah dan memohon pembiayaan modal perniagaan dengan tidak tidak melibat Riba.  Bukan itu sahaja, malah kita juga boleh melakukan pajak gadai melalui kaedah ar-Rahnu, berinsurans melalui skim Takaful dan bermacam-macam lagi.

Awasi Nafsu
Namun, di sini ingin saya berpesan kepada diri saya dan orang lain supaya kita tidak sewenang-wenangnya melibatkan diri dengan sistem perbankan Islami.  Dengan adanya sistem perbankan Islami ini, seolah-olah masyarakat mula memandang tidak kisah dengan apa-apa produk yang diperkenalkan, asalkan ia diperkenalkan oleh bank Islami, maka ia baik fikir mereka.
Maka, mulalah memasang cita-cita untuk menukar kereta baru, sedangkan kereta lama masih elok boleh dipakai.  Mulalah memasang angan-angan untuk membeli rumah besar, sedangkan rumah yang sedang diduduki sudah selesa didiami.

Jika dahulu kad kredit dijauhi kerana di sana tersangat jelas Riba, kini mula berjinak-jinak kembali dengan kad ‘kredit’ Islami yang berlandaskan syariah.  Nafsu membeli mula segar.  Ambil dahulu, kemudian bayar.  Hampir semua peralatan rumah dan kelengkapan diri mahu dinaiktaraf, supaya tidak ketinggalan zaman, menepati gaya hidup terkini dan ingin diiktiraf.

Pembiayaan peribadi yang suatu ketika dahulu tidak popular dan sukar diperolehi, kini ia menjadi jalan pintas untuk memenuhkan selera nafsu berbelanja.  Tanyalah mana-mana kakitangan kerajaan atau swasta yang beragama Islam, mereka kini sudah ramai terjebak dengannya.  “Pembiayaan Peribadi Secara Islam”; itulah slogan institusi-institusi perbankan Islami tatkala mempromosi pembiayaan peribadi kepada ummat Islam di negara kita.

Pembiayaan Peribadi yang Menjerat Diri
Saya amat kecewa melihat institusi-institusi perbankan Islami berlumba-lumba memperkenalkan pembiayaan peribadi.  Pernah satu bank dari Timur Tengah yang baru mendapat lesen mengamalkan perbankan Islami di Malaysia, antara produk awal yang menjadi hangat dan panas yang diperkenalkan ialah produk pembiayaan peribadi.  Ramai orang Islam pergi memohon lantaran ciri-cirinya yang sangat menarik.

Saya tidak pelik kenapa mereka berbuat begitu kerana institusi-institusi ini merupakan institusi yang ingin membuat untung.  Memang tidak salah ingin membuat untung secara yang halal.  Tetapi, tidak bolehkah kita menjadi pihak yang mendidik agar ummat Islam jangan suka meminjam dan berbelanja.  Jika tidak mahu mendidik agar jangan selalu meminjam dan berbelanja, janganlah pula menjadi pihak yang menggalakkan supaya meminjam dan berbelanja.  Amat menyedihkan.

Yang lebih pelik ialah ummat Islam kita.  Dengan adanya pembiayaan peribadi secara Islam yang bersepah di dalam pasaran, maka membuak-buaklah nafsu masing-masing.  Nafsu diri semakin membesar dan dimanjai tanpa fikir baik dan buruknya.

Nak kahwin, buat pembiayaan peribadi supaya majlis perkahwinan menjadi ‘glamour’ mirip selebriti.  Nak beli kereta, selain buat pembiayaan beli kereta, dibuat juga pembiayaan peribadi untuk dibayar duit muka.  Nak melabur pun dibuat juga pembiayaan peribadi.  Rumah yang dulu biasa-biasa sahaja, diubahsuai agar menepati citarasa trend terkini dengan menggunakan jalan pembiayaan peribadi.  Ada yang membuat pembiayaan peribadi supaya kenderaan boleh dibuat modifikasi agar lebih mengancam kelihatan dan supaya berprestasi tinggi.  Yang saja-saja membuat pembiayaan peribadi kerana mahu melihat duit yang banyak berada di dalam akaun bank untuk tujuan kecemasan pun ada juga.  Dan banyak lagi…

Saya bukan mengatakan bahawa 100% salah untuk membuat pembiayaan peribadi, tetapi fikirlah masak-masak, adakah kita benar-benar perlukannya?  Berbaloikah?  Jika sekadar ingin memuaskan nafsu, tinggalkan sahajalah.  Kerana perbuatan membuat pembiayaan peribadi hanya akan menyusahkan diri kelak.
Inilah antara trend yang jelas saya lihat hasil dari wujudnya pembiayaan peribadi, apatah lagi ia dipanggil pembiayaan peribadi secara Islam.  Seperti tidak rasa bersalah untuk memilikinya.  Aduhai… :(

Berpadalah…Jangan Tamak dan Boros
Akhir kalam, saya ingin nasihatkan diri saya terutamanya dan anda semua sekali lagi agar  berpadalah, janganlah tamak dan boros.  Inilah antara sifat yang baik dalam berhadapan dengan harta. 
Sistem perbankan Islami memberikan kita peluang untuk melibatkan diri dengan bank secara bebas Riba, alhamdulillah.  Kita mesti sokong ia dengan cara menasihati keluarga dan sahabat agar memilih sistem perbankan Islami, dan tidak sistem perbankan konvensional yang berasaskan Riba.  Yang sudah melibatkan diri dengan sistem perbankan konvensional, hijrahlah ke sistem perbankan Islami sekarang.  Fikir dalam-dalam dan pilihlah produk-produk dari sistem perbankan Islami yang dirasakan perlu dan wajar untuk disertai sahaja.  Jangan ikut nafsu semata-mata.

Jika kita telusuri kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, Baginda tidak berkehendakkan sangat akan kemewahan  dan kesenangan dunia, jadi kita juga seharusnya mengikuti Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini.  Justeru, berpadalah, jangan tamak dan boros.

WAllahu A’lam.

Sunday, January 30, 2011

orgAnisAsi kAmi

Assalammualaikum semua....
pada 28jan 2011 yang lepas, MOHAMAD TAUFIQ RAMLI selaku ketua umum untuk cos pentadbiran muamalat ini telah mengadakan meeting antara mereka yang terlibat....
Di dalam meeting tersebut kami selaku yang bertanggungjawab telah membincangkan tentang apa-apa yang patut....dan Alhamdullilah semuanya telah berjalan dengan lancar...
syukur..:) kAmi telah berbincang dan akhirnya wujudlah organisasi untuk cos Pentadbiran Muamalat batch 2010/2011....kami lantik AJK untuk setiap lajnah bagi memudahkan kerja....
AJk yang dilantik oleh kami adalah mereka yang berpotensi untuk menjalankan tugas yang akan diberikan kelak..InsyaAllah...:) Jadi kami berharap anda semua setuju dan dapat memberikan komitmen yang sebaiknya....Tahniah kepada yang terpilih...


CARTA OGANISASI LENGKAP
 SARJANA MUDA PENTADBIRAN MUAMALAT SEMESTER 2010/2011
‘‘UKHUWAH DIDAHULUKAN, JIHAD DIUTAMAKAN, PENCAPAIAN SEIRINGAN’’

KETUA UMUM:
MOHAMAD TAUFIQ RAMLI
PENOLONG KETUA:
NUR JULIANA BINTI JUSOH

SETIAUSAHA 1:
WAN A’TIRAH BINTI MAHYUDIN
SETIAUSAHA 2:
NURUL FARHANA BINTI DAUD

LAJNAH DAKWAH DAN KEPIMPINAN:
KETUA: MUHAMMAD ZARUNNAIM... BIN HAJI WAHAB
PENOLONG: SITI NAJIHAH SABRI
1)      NURASHIKIN BINTI BAHRUDDIN –G1
2)      SAIFUL ISLAM BIN DIMYATI – G2
3)      MOHAMMAD HAFIZ BIN ABD RAHMAN – G3
4)      HALIMATON SAADIAH BINTI MAJENIN – G3

LAJNAH EKONOMI DAN KENAJIKAN:
KETUA: MUHAMMAD HAFIZ BIN ZULKHAIRI
PENOLONG: NURUN NAJAH BT MOHD ABD RASID
1)      NURUL AFEEFA BINTI HUSIN – G1
2)      IZZATUL HANIS BINTI SHAARI – G2
3)      HARITH HAMIDI BIN MUHAMAD ISA@OMAR – G3
4)      MOHAMD SOLEHAN BIN M.AMIN – G2

LAJNAH AKADEMIK DAN KOMUNIKASI:
KETUA: MOHD SYAMIL BIN MOKHTAR
PENOLONG: NURUL SA’ADAH BINTI MOHAMAD RUSMAN
1)      MUHAMMAD MUAZ HARIRI – G1
2)      MUHAMAD HAMIZAN BIN SARONAN – G2
3)      JANNATUL A’JILAH BINTI MUHAMMAD RIFIAI – G3
4)      NUR ATIQAH BINTI ROSLI – G2

LAJNAH PERANCANGAN PROGRAM DAN EVENT:
KETUA: MUHAMMAD ZIKRI BIN NASARUDDIN
PENOLONG: NUR ARFAH BINTI RAHMAT
1)      ASYRAF BIN MOHD NOR - G1
2)      NORSYAZANA BINTI MOHD DAH - G2
3)      NURUL FARAHANA BINTI MOHAMAD - G3
4)      MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN ABD MANAF - G1

‘‘HIDUP UNTUK BERJASA’’

*** kt to WAN A’TIRAH BINTI MAHYUDIN...terima kasih sahabat...:)

muAmALat???

assalammualaikum semua...
Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi dengan nikmatnya....
saya dapat menyiapkan blog ini...
mungkin banyak lagi kekurangan tapi saya harap saya dapat memperbaikinya lagi...
sebelum saya menjerumus kepada lebih dalam lagi...
ingin saya perkenalkan bagaimana wujudnya muamalat itu sendiri...
saya sendiri akui saya ambil remeh pasal ini tapi adakah anda semua tahu tentang ini???
mari kita selidik....kenapa USIM wujudkan dan tawarkan cos pentadbiran muamalat ini???
selain mewujudkan juga Fakulti Ekonomi dan Muamalat....
bilakah ianya wujud????


Fakulti Ekonomi & Muamalat


LATAR BELAKANG

Bagi mencapai matlamat yang direncanakan serta untuk meluaskan skop pengajiannya, USIM telah menubuhkan Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada tahun 2001 dan mula mengambil kumpulan pelajar sulungnya bagi satu program baru iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian pada bulan Mei 2002. Adalah diharapkan, Fakulti ini menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pentadbiran muamalat. Di samping itu, Fakulti ini juga diharapkan akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan ekonomi Islam dan muamalat.

Bidang pentadbiran Muamalat merupakan salah satu bidang yang dituntut dalam agama Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Di samping memberi panduan kepada umat Islam tentang perhubungan mereka sesama manusia, bidang muamalat juga berperanan untuk menyusun dan mengatur struktur serta perjalanan pentadbiran dan pengurusan manusia.

Kemajuan sesebuah masyarakat itu akan diukur bukan sahaja kepada tahap keimanannya tetapi juga terhadap usahanya di dunia. Masyarakat Islam moden dan progresif hari ini, tidak boleh mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dari segi tauhid dan syariah sahaja tanpa mempunyai ilmu muamalat, demi untuk kesejahteraannya di dunia dan juga di akhirat.

Firman Allah:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagian di akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Quran, al-Qasas 28:77).

***Maklumat ini ditelah dipetik terus dari laman Fakulti Ekonomi & Muamalat,